Monday, August 8, 2011

Secret Garden - Kdrama

Salam isnin semua ^^...monday blues kaaa? hehehe...sebenarnya aku dah abeh tgk cita ni 3 minggu lepas...dengan alasan yang sama, biasa la busy kekeke ^^..

Drama korea ni agak boring pada mulanya, tapi besh bila dah sampai part yang lelaki tukar jadi perempuan, perempuan tukar jadi lelaki hahaha...lawak la kan, sebab soul lelaki masuk dalam badan perempuan, so dia boleh lihat apa yang ada pada fizikal perempuan ^^...



ok back to track hehehe ...drama ni mengisahkan Kim Joo Won lakonan Hyun Bin (sumpah kalau orang tanya aku nanti sapa hyun bin ni? sure aku tak ingat pun dia berlakon drama mana haha, sebab aku memang susah sket nak ingat nama orang korea, nama org jepun dan nama orang cina ni hehehe) yang seorang sombong dan seorang ceo di salah shopping kompleks....Gil Ra Im (Ha Ji Won) pulak adalah salah sorang pelakon stuntwoman, seorang yang miskin, humble.. 

Joo Won dan Ra Im terjumpa apabila Joo Won menyalahkan Ra Im mengenai Park Chae Rin...dan bermula la episod gaduh2 dan sebagainya...Joo Won ni tertarik pada Ra Im..sampai ke mana Ra Im pi buat shooting, mesti Joo Won akan ikut...sampai la di suatu tempat yang di namakan Secret Garden, depa dua ni dapat kononnya arak buatan daripada seorang orang tua...bila depa minum arak tu, soul depa akan swapping, Ra Im dalam badan Joo Won, Joo Won dalam badan Ra Im...tapi depa ni akan kembali seperti biasa balik bila hujan turun...

macam2 kisah yang berlaku diantara depa dua ni... dan yang paling tak sangka, rupa2nya Joo Won boleh terpikat denga Ra Im ada sebabnya (last episod baru tau huhuhu)....cita ni happy ending walaupun sakit hati huhuhuhu...mcm2 kot berlaku, ye la korang bayangkan drama ni ada 20 episod...lenguh eden melangut tengok, berbulan2 baru habih hahaha....kang tak tengok, tak tau lak kisahnya kan hehehe...nak buat macam mana, dah hobi kaaan ^^...
amaran, cita ni memang banyak scene kissing hahaha ^^
suggestion aku, tengok la...sebab dia macam kisah kehidupan family, kasih sayang anak dan bapa, cintan cintun tak sangat la...scene yang unik yang part body depa swapping tu la hehehe..ok, sekian saya melaporkan  ^^


0 orang yang tak busy ^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...