Wednesday, March 17, 2010

Berita sedey lagi..Al-Fatihah

Ketika aku tengah leka mendesign kad utk hari2 bahagia (aip wat keja personal di waktu keja huhuhu) sekitar pukul 4.41 ptg, tetiba ada bunyi sms masuk..terpapar kt scren hp cabuk ku itu nama "Hana Celcom"...ermmm..hana nk tanya aku kt mana la tu, detik hatiku..sebab dia ada plan nk dtg KL 16 hb, dan semlm 16 hb 3..

tapi bila bukak sms yang di hantar, luluh jantung aku bila baca msj dia yang berbunyi mcm ni

"Ruby, hafiq da arwah. Doakan dan sedekahkan fatihah&yasin utk arwah.Ada slh silp maafkan dia, jgn cl ak lg ye, bsr nya dugaan utk ak.Tuhan sh yg th"

air mata aku mengalir laju saja..Innalillah...aku tak tau apa punca hafiq dah arwah..Ya Allah, besarnya dugaanMu pada sahabat ku Hana.. tinggal lagi 2 bulan hana dan hafiq akan menuju hari2 bahagia..kenduri yang di rancang awal seminggu dari tarikh kenduri aku.Tak sangka sangat...Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat dan hati Hana...aku yang mendgr berita ni, xleh berhenti menangis..Hana adalah member satu utem dengan aku, satu kelas dgn aku, roommate aku, dan dia juga antara best fren aku huhuhu..dan hafiq juga satu utem, dan aku kenal arwah..dia banyak tolong hana dan aku masa prektikel di shah alam dulu...arwah juga pelengkap keceriaan dan pembawa senyuman utk hana...

Aku call nedy untuk tanyakan pasal ni, mana tau dia tau ke..rupa2nya hana xsms dia pun, dan dia tak tau apa2 pun..terkejut juga nedy bila dgr aku nangis2 ckp dgn dia huhuhu..last2 aku bukak fb hana, kt ctu abg ipar hana la yang update pasal kejadian yang terjadi pada hafiq..hafiq kemalangan(terbabas) ketika otw balik ke kg utk bercuti..ye la, kan skrg cuti sekolah, dan arwah hafiq adalah seorg pendidik, dan aku yakin pendidik yang sangat berdedikasi..Allah lebih sayangkan hafiq..dan Allah sayangkan hana juga dengan memberi dugaan yang sangat besar..Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih Maha Mengetahui...

Dan semalam, aku sangat emosi..emosi bila terkenangkan hana :( ..aku memang xleh tahan sebak, nangis laju ja..dah bengkak mata aku...memang org kata, masa bertunang ni banyak sgt dugaan, dan itu adalah dugaan hana yang sangat besar...aku sangat terasa, ibarat cubit pipi kiri, pipi kanan yang rasa sakit..ye la, kitaorg selalu ber ym, borak2 pasal persiapan tuk hari bahagia, berkongsi cerita, dan dia selalu nasihatkan aku bila aku ada masalah, dia kan kata " sabar la b, dugaan Allah tu,mungkin ada hikmah di sebalik semua tu"..aku tumpang gembira bila dgr mcm2 persiapan dah di buat..bila aku tengok balik apa yang aku ym dengan hana, mengalir laju air mata aku..Ya Allah, mcm mana la agaknya hana skrg ni? tgk pada update dari fb dia, abg ipar dia bgtau, dia xlalu makan, lemah longlai saja..xmau bercakap dengan sapa2, asek termenung saja..(aaaaaaaa mengalir lagi air mata aku (T_T)..)..

Marilah kita sama2 menghadiahkan arwah hafiq al-fatihah...Semoga arwah tergolong dalam orang2 yang beriman..dan semoga Allah tabahkan hati dan semangat hana menempuhi dugaanNya ini...amin.......

7 orang yang tak busy ^^:

Mohd Naim said...

takziah buat tunang arwah dan keluarga arwah..semoga tabah menghadapi dugaanNya..

nedy said...

ya Allah ya tuhanku kau perbaiki kembali hati sahabat kami...amin...

cik yana said...

ya Allah..sedihnya baca entri ni..moga hana kuat..dia mmg kena kuat..alFatihah utk arwah..

Juliet said...

Alfatihah untuk arwah hafiq. Walaupun I x mengenali Hana & Hafiq masa di Utem, but I hope as a friend I would like to send my condolences to their family. Semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin.

atreyu strange said...

ohmigod. sedihnya mcm ni. takziah kepada hana dan keluarga hafiq. hana kene tabah.

Matjoe said...

redha kan semua ujian Allah. tabah menghadapi.

takziah utk keluarga simati

starsyeea said...

ya Allah, siyes ku bergenang...

semoga Allah kuatkan hati hana

dan tempatkan arwah bersama hambaNya yg soleh...

ameen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...